Maksud Peribahasa
Menjaga serta menyayangi anak dengan penuh kasih sayang
Contoh Ayat
Firdaus dan juga Salmiah menyayangi serta menjaga anak pertama mereka itu bagai menatang minyak yang penuh.
Walaupun ditakdirkan kita mempunyai anak kelainan upaya, kita seharusnya menyayangi mereka dan bersyukur kerana setiap yang diberi merupakan anugerah Allah SWT. Bagi memahami dengan lebih mendalam akan sikap menyayangi anak dan bagaimana peribahasa di atas digambarkan di dalam penceritaan tersebut, boleh dirujuk Artikel ini.