BAGAI MENCURAH AIR KE DAUN KELADI

Published No Comments on BAGAI MENCURAH AIR KE DAUN KELADI
bagai mencurah air ke daun keladi

Maksud Peribahasa

Bagai Mencurah Air Ke Daun Keladi

  • Setiap nasihat yang diberikan ataupun sesuatu perkara yang ditunjuk ajar tidak diambil peduli serta tidak memberi kesan kepada seseorang pendengar itu.

Contoh Ayat

“Letih aku bila mengenangkan segala ilmu yang aku tunjuk ajar kepada Karim langsung tidak di ambil peduli ilmu itu. Apa yang aku ajar kepadanya bagai mencurah air ke daun keladi.” kata Latif kepada rakannya..

Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama seperti pepatah ini

  • Masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri.
  • Mencurah garam ke laut.
  • Longgar sendat, lapang bertukul.

Permasalahan dan sikap sambil lewa rakyat di Malaysia tentang bencana yang terjadi ini membuatkan segelintir pihak kesal akan situasi tersebut kerana nasihat demi nasihat langsung tidak dipedulikan. Untuk memahami lebih mendalam situasi bencana Covid-19 ini dan keingkaran rakyat yang tidak mematuhi akan peraturan yang dikenakan boleh dirujuk di artikel Sinar Harian ini.

Ayat Pendek Peribahasa Lain

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *