Maksud Peribahasa
Berakit-Rakit Ke Hulu Berenang-Renang Ke Tepian Bersakit-Sakit Dahulu Bersenang-Senang Kemudian
- Setiap kesenangan yang dimiliki perlu menempuhi kesukaran terlebih dahulu.
Contoh Ayat
Sebelum kita mencapai sesuatu kejayaan, perkara pertama yang perlu ditempuhi adalah kesukaran terlebih dahulu. Sama seperti peribahasa berakit-rakit ke hulu berenang renang ketepian bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian..
Walaupun cara belajar sewaktu bencana Covid-19 ini berubah dan kadangkala ia menjadi sukar, tetapi kualiti bagi pelajar yang menduduki GCE tetap mencapai markah yang wajar dibanggakan. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana peribahasa berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian menggambarkan akan keadaan para pelajar sewaktu bencana Covid-19, boleh dirujuk di Artikel ini.