Maksud Peribahasa
Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing
- Melakukan sesuatu kerja secara bergotong royong atau saling tolong menolong antara satu sama lain ketika senang atau susah
Contoh Ayat
Hidup sebagai suami isteri ini perlulah menolong satu sama supaya setiap permasalahan diselesaikan bersama umpama berat sama dipikul ringan sama dijinjing..
Peribahasa Yang Mempunyai Maksud Yang Sama Seperti Pepatah Ini
- Bagai isi dengan kuku
- Bagai dakwat dengan kertas
- Bagai aur dengan tebing
- Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
- Seperti pahat dengan penukul
Sumbangan tenaga dari pelbagai pihak bagi meringankan beban kepada mangsa banjir yang terlibat diterangkan di dalam di dalam Artikel ini.