Maksud Peribahasa
Bekerjasama antara satu sama lain.
Contoh Ayat
Di dalam alam perkahwinan ini, haruslah kita sebagai suami dan isteri berganding bahu samada dari segi kewangan mahupun penjagaan anak-anak. Kerana apabila kita bekerjasama antara satu sama lain, hubungan kekeluargaan akan lebih mengeratkan.
Bencana Covid-19 yang melanda di negara kita sekarang ini amat membimbangkan. Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah rakyat perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk membendung akan wabak yang terjadi di negara ketika ini. Bagi memahami dengan lebih mendalam situasi wabak Covid-19 dan bagaimana peribahasa berganding bahu digambarkan di dalam penceritaan tersebut, boleh dirujuk di Artikel ini.