Maksud Peribahasa
Bersatu Teguh Bercerai Roboh
- Persetujuan dan persefahaman dalam sesuatu perkara akan menimbulkan sesuatu kejayaan, manakala jika tiada akan menyebabkan perbalahan serta berlaku perpecahan.
Contoh Ayat
Dalam hidup bermasyarakat kita perlulah bersatu hati jika berlaku sesuatu perkara seperti pepatah bersatu teguh bercerai roboh. Kerana apa yang dilakukan secara bersama, akan mendatangkan lebih kebaikan.
Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama seperti pepatah ini
- Bulat air kerana pembuluh bulat kata kerana muafakat.
- Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat
Dengan bencana Covid-19 yang melanda bumi Malaysia ini, Timbalan Presiden Majlis Pemikir Muda Melayu Kebangsaan (MPMMK), Haslihelmy DM Zulhasli berharap setiap rakyat di Malaysia perlu bersatu untuk memastikan tiada lagi penularan Covid-19 di sini. Bagi memahami dengan lebih mendalam bagaimana peribahasa di atas menggambarkan dengan suasana Covid-19 yang terjadi di bumi Malaysia, boleh dirujuk di Artikel ini.