Maksud Peribahasa
Bertemu dengan seseorang yang sama handal atau seimbang dengan keupayaan kita.
Contoh Ayat
Penonton tidak sabar untuk melihat perlawan antara kedua-dua peninju tersebut. Ini disebabkan kedua-dua peninju itu umpama bertemu buku dengan ruas. Kedua-dua mereka hebat apabila berlawan.
Politik negara di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat akan bertemu dengan pesaingnya iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Afdal di Pilihanraya Negeri Sabah. Bagi memahami dengan lebih mendalam akan isu pertemuan di antara dua pemimpin tersebut di Pilihanraya Negeri Sabah dan bagaimana peribahasa bertemu buku dengan ruas digambarkan di dalam penceritaan tersebut, boleh dirujuk di Artikel ini.