Maksud Peribahasa
Bertikam Lidah
- Bertengkar mulut dengan seseorang disebabkan oleh sesuatu perkara.
Contoh Ayat
Pada petang baru-baru ini, kecoh di kawasan taman apabila Ghazali bertikam lidah dengan jirannya iaitu Salim. Mereka bertengkar hanya disebabkan sikap Salim yang sering menyusahkan jiran di sekeliling kerana enggan alih akan keretanya yang sememangnya menghalang jalan..
Setiap organisasi bukan kerajaan (NGO) bagi masyarakat India digesa supaya bersatu padu dan diharapkan tidak bertengkar dia atas sesuatu perkara. Untuk memahami tentang peribahasa di atas dan bagaimana diolah di dalam penceritaan boleh dirujuk di dalam Artikel ini.