Maksud Peribahasa
Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata
- Lebih baik mati dari menanggung malu atas sesuatu yang tidak dapat dimiliki.
Contoh Ayat
Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama seperti pepatah ini
- Better to die with honor than to live with shame
- Better death than dishonor
Senario Peribahasa
Situasi skuad muda negara di mana mereka berhadapan dengan misi hidup mati dalam kejohanan bola sepak di Changshu China bagai peribahasa biar putih tulang jangan putih mata.
Ini kerana skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee tiada pilihan dan perlu mencatat keputusan positif ke atas Jordan sekurangnya meraih keputusan seri atau jika berlaku sebaliknya mereka boleh mengucapkan selamat tinggal akan kejohanan AFC B-23 ini.
Kekalahan kepada pasukan Iraq 1-4 perlu dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua pemain agar mereka lebih fokus semasa berdepan dengan pasukan dari Jordan nanti.
Senario biar putih tulang jangan putih mata bagi skuad muda negara ini boleh dirujuk melalui artikel Stadium Astro ini dengan lebih mendalam bagaimana liputan perjalanan pada kejohanan AFC B-23 tersebut.
Ayat Pendek Peribahasa Lain
- Cantik hanya di dalam cerita sahaja
- Setiap hal yang dibantu perlu dibalas dengan baik
- Mampu memiliki dalam masa sekejap sahaja
Soalan Lazim
Apakah maksud peribahasa biar putih tulang jangan putih mata?
Peribahasa ini membawa maksud lebih baik mati dari menanggung malu atas sesuatu yang tidak dapat dimiliki.
Penggunaan peribahahasa putih tulang jangan putih mata ini yang paling ringkas?
Berjuang sehinga mendapat kemenangan atau kalah mendapat malu seperti peribahasa biar putih tulang jangan putih mata.
Contoh penggunaan peribahasa melibatkan sejarah berkaitan maksud biar putih tulang jangan putih mata?
“Biar putih tulang, jangan putih mata!” Walaupun baju yang dipakai telah terbakar, anggota polis dari Bukit Kepong dan juga bersama keluarga di bawah pimpinan Sarjan Jamil rela mati berjuang dari menyerah kalah kepada pengganas komunis.
Peribahasa biar putih tulang jangan putih mata contoh ayat yang sering diucapkan itu sesuai melibatkan kepada siapa?
Peribahasa ini boleh diucapkan kepada individu atau berkumpulan yang sedang dalam situasi perlawanan atau juga peperangan.