Maksud Peribahasa
Melibatkan seseorang yang diminta untuk mengantikan sesuatu tugas yang baru secara tiba-tiba.
Contoh Ayat
Aswan menjadi bidan terjun hari ini kerana terpaksa menggantikan tempat rakan sejawatnya dalam bilik mesyuarat kerana rakannya terpaksa pulang ke rumah disebabkan mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, seorang wanita dari Kota Kinabalu Sabah iaitu Zennemia Marcus,33, perlu mengajar anaknya berikutan penutupan sekolah disamping meneruskan kerja hakiki beliau sebagai seorang jururawat. Bagi memahami dengan lebih mendalam situasi mengajar anak dari rumah dan bagaimana peribahasa bidan terjun digambarkan di dalam penceritaan tersebut, boleh dirujuk di Artikel ini.