Maksud Peribahasa
Buta Hati
- Diertikan kepada sikap seseorang yang kejam ke atas sesuatu perkara.
Contoh Ayat
Penjenayah yang amat dikehendaki oleh pihak polis itu masih berlegar-legar di daerah ini. Ia sekaligus membuatkan ramai orang berasa takut untuk keluar di malam hari kerana penjenayah tersebut merupakan seorang yang buta hati, sesiapa yang berselisih dengannya pasti akan cedera dibuatnya.
Bagi memahami dengan lebih mendalam tentang peribahasa berkaitan sifat kejam seseorang itu, boleh dirujuk di dalam Artikel Dewan Bahasa Dan Pustaka ini.
Ayat Pendek Peribahasa Lain
- Tugas memasak yang dilakukan di rumah kenduri hanya bersemangat ketika awal sahaja.
- Semasa Tuan Fikri berkuasa, ramai anak buah beliau yang menyanjungi beliau. Setelah beliau bersara, dapat kelihatan ramai orang yang kian menjauhinya
- Farah dikenali sebagai seorang gadis yang baik hati kepada orang yang berada di sekitarnya.