Maksud Peribahasa
Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan
- Setiap keinginan yang ingin dimiliki akan diusahakan sehingga berjaya.
Contoh Ayat
Akhirnya Dhani berjaya juga memiliki kereta idamannya selepas bertungkus lumus dalam mengumpul wang pada tahun lepas. Bagi Dhani di mana ada kemahuan di situ ada jalan..
Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama seperti pepatah ini
- Usaha tangga kejayaan
- Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
- Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu
Dengan mempunyai kemahiran menjahit, Noor Syerifazidazetty Mustapha, 35, menjadikan kebolehannya itu sebagai punca pendapatan tetap beliau serta ia juga dapat memberi lebih perhatian kepada keluarganya. Untuk memahami dengan lebih mendalam bagaimana peribahasa di atas menggambarkan akan situasi yang dilakukan oleh saudari Noor Syerifazidazetty Mustapha, boleh dirujuk di Artikel ini.