Maksud Peribahasa
Gunting Dalam Lipatan
- Musuh yang terdapat di sekeliling tanpa seorang pun yang menyedarinya.
Contoh Ayat
Ali sangat marah dalam perlawanan baru-baru ini kerana menyedari ada ahli kumpulannya menjadi gunting dalam lipatan. Ini kerana, taktik yang Ali ketengahkan masa permainan baru-baru ini hanya ahli kumpulannya sahaja yang mengetahuinya.
Seramai 16 bekas ahli parti UMNO di label sebagai pembelot kerana menfailkan semakan kehakiman bagi membubarkan parti UMNO ini. Untuk memahami dengan lebih mendalam situasi yang terjadi dan bagaimana peribahasa di atas menggambarkan akan suasana tersebut, boleh dirujuk di Artikel ini.