Maksud Peribahasa
Hutang Emas Boleh Dibayar Hutang Budi Dibawa Mati
- Budi baik seseorang kepada kita haruslah dikenang dan diingat selamanya, kerana budi bahasa tidak mampu dibayar walaupun menggunakan wang.
Contoh Ayat
Pertolongan yang datang tanpa henti kepada En Syahid amat disyukurinya. Manakakan tidak, ini kerana setiap pertolongan yang hadir membantunya itu ibarat pepatah hutang emas boleh dibayar hutang budi dibawa mati kerana tidak mampu untuk membalasnya kembali.
Jasa yang diperolehi ketika menuntut ilmu di Universiti Teknologi MARA (UiTM) seharusnya dikenang kerana telah melahirkan ramai graduan yang telah berjaya. Bagi memahami dengan lebih mendalam tentang jasa ketika menuntut di Uitm dan bagaimana peribahasa di atas digambarkan, boleh dirujuk di dalam Artikel ini.