Maksud Peribahasa
Kerana Mulut Badan Binasa
- Mendapat musibah atau sesuatu yang buruk disebabkan oleh percakapan yang dibuat.
Contoh Ayat
“Sudah aku katakan kerana mulut badan binasa. Lain kali kalau nak bercakap itu, fikir-fikir sama. Ini tidak, kau lantang sangat bila bercakap.” kata Ramli kepada Daud.
Hanya disebabkan pertengkaran yang berlaku, mangsa seorang lelaki yang berumur 15 tahun dipukul oleh 2 remaja lelaki yang berumur 16 tahun sehingga menyebabkan kecederaan. Bagi memahami bagaimana peribahasa di atas menggambarkan akan pertengkaran yang terjadi tersebut, boleh dirujuk di Artikel ini.