Maksud Peribahasa
Lain Padang Lain Belalang
- Adat atau cara tentang sesuatu adalah berlainan mengikut tempat masing-masing.
Contoh Ayat
Pemindahan Faizal ke tempat kerja yang baru pasti akan membuatkannya sukar untuk membiasakan dari dengan tempat baru. Ini kerana setiap tempat baru pasti mempunyai cara kerja dan juga undang-undang syarikat yang berlainan seperti pepatah lain padang lain belalang. Bagi Faizal, sebulan pertama pasti akan membuatnya sukar sebelum ianya menjadi kebiasaan..
Konsep pembelajaran bagi setiap anak-anak adalah berbeza mengikut ibu dan bapa mereka. Bagi memahami dengan lebih mendalam bagaimana peribahasa di atas digambarkan di dalam penceritaan tersebut boleh dirujuk di dalam Artikel ini.