Maksud Peribahasa
Masuk Kandang Kambing Mengembek Masuk Kandang Kerbau Menguak
- Perlu menyesuaikan diri mengikut lokasi dan keadaan supaya bersesuaian dengan suasana di tempat tersebut.
Contoh Ayat
Selaku pekerja yang baru ditukar ke unit yang lain, Azman perlulah menyesuaikan diri mengikut tempat kerja di unit ini. Baginya dia perlu menyesuaikan diri mengikut lokasi seperti pepatah masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kerbau menguak..
Perkara yang terjadi semasa program Dialog TN2050 di Putrajaya amat dikesali oleh banyak pihak. Sepatutnya tetamu yang dijemput menghadiri majlis tersebut perlu menyesuaikan diri supaya tidak menjadi kekecohan. Untuk memahami lebih mendalam tentang suasana serta bagaimana peribahasa ini digunakan, boleh dirujuk di Artikel ini.