Maksud Peribahasa
Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
- Mendidik anak biarlah ketika kecil kerana lebih mudah untuk dibentuk.
Contoh Ayat
Setiap ibu-bapa digalakkan membentuk anak-anak mereka ketika kecil kerana diwaktu tersebut minda kanak-kanak mudah untuk menerima akan teguran serta pembelajaran baru. Umpama pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sebaik-baik ilmu harus diajar ketika mereka masih kecil, kerana apabila mereka sudah menjangkau umur maka susahlah hendak ditegur. Bagi memahami dengan lebih mendalam akan perkara mendidik sewaktu kecil dan bagaimana peribahasa di atas digambarkan di dalam penceritaan tersebut, boleh dirujuk di Artikel ini.