Maksud Peribahasa
Mengikut Resmi Padi Makin Berisi Makin Menunduk
- Seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi ataupun beliau seorang yang berpangkat besar tetapi menerapkan sikap merendahkan diri di dalam hidupnya.
Contoh Ayat
Walaupun Zahir merupakan seorang pengurus di kilang makanan tersebut, tetapi sikap rendah dirinya membuatkan ramai orang menyukainya kerana Zahir tidak sombong dengan semua pekerja. Bagi Zahir setiap jawatan apa yang disandang sekalipun, biarlah seperti pepatah mengikut resmi padi makin berisi makin menunduk..
Semakin berilmu atau berkuasa seseorang haruslah sentiasa merendahkan diri. Bagi memahami dengan lebih mendalam tentang peribahasa di atas tersebut dan bagaimana digunakan di dalam penceritaan boleh dirujuk di dalam Artikel ini.