Maksud Peribahasa
Muafakat Membawa Berkat
- Sesuatu aktiviti melibatkan pelbagai perkara dilakukan dengan cara mendapat kata sepakat setiap ahli supaya mendatangkan hasil yang terbaik.
Contoh Ayat
Kesepakatan ahli kariah surau amat dititikberatkan supaya setiap perjalanan atau pengaturan sesuatu perkara diselesaikan secara bersama. Hal demikan sama seperti peribahasa muafakat membawa berkat..
Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama seperti pepatah ini
- Bersatu teguh bercerai roboh
- Bulat air kerana pembuluh bulat kata kerana muafakat
- Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat
- Muafakat membawa berkat berpecah membawa rebah
Penyatuan dan perpaduan orang Melayu amat dititikberatkan supaya setiap perkara yang terjadi dilakukan dengan mengikut kata sepakat setiap ahli dari parti yang dijalinkan tersebut. Untuk lebih memahami akan bagaimana peribahasa di atas digambarkan dalam penceritaaan boleh dirujuk di dalam Artikel ini.