Maksud Peribahasa
Musuh Dalam Selimut
- Musuh yang terdapat di sekeliling kita tanpa kita menyedari akan keberadaannya.
Contoh Ayat
Setiap operasi membanteras pekerja asing sering gagal disebabkan adanya maklumat yang bocor berkaitan operasi tersebut. Ini kerana ada musuh dalam selimut yang tiada seorang pun yang menyedarinya yang membocorkan rahsia.
Disebabkan adanya musuh yang tidak kita sedari, ia sekaligus membuatkan musuh tersebut cuba memecah belahkan orang Melayu dengan agenda yang mereka ciptakan. Bagi memahami dengan lebih mendalam tentang peribahasa di atas dan bagaimana diolah di dalam penceritaan, boleh dirujuk di dalam Artikel ini.
Ayat Pendek Peribahasa Lain
- Jika dilihat dari tubuh badan, ramai yang beranggapan Ikhwan seorang yang tidak berani dalam permainan ragbi.
- Hari pertama Badrul bertugas sebagai pengawal keselamatan membuatkan ia berasa takut kerana perlu bertugas di waktu malam.
- Kejayaan yang dikecapi oleh Siti pada masa kini disebabkan pengorbanan yang dihadapi beliau pada masa lalu.