ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA ..

Published No Comments on ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA ..
orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa

Maksud Peribahasa

Orang Berbudi Kita Berbahasa Orang Memberi Kita Merasa

  • Setiap kebaikan mahupun bantuan yang dihulurkan kepada kita haruslah dibalas dengan kebaikan juga.

Contoh Ayat

Sehubungan dengan bencana yang terjadi di Kampung Liku, pihak jawatankuasa Kampung Seroja membuat kutipan dengan kadar segera untuk memberi sumbangan kepada penduduk yang terjejas. Hal ini saling tak tumpah seperti peribahasa orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa. Ini kerana penduduk Kampung Liku sering membantu penduduk kampung yang berdekatan jika dilanda musibah. Kini giliran penduduk kampung berdekatan pula datang membantu..

Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama seperti pepatah ini

  • Ada ubi ada batas ada budi ada balas.
  • Ada persembahan ada kurnia.

Bantuan yang diterima sewaktu negara mengadapi bencana Covid-19 ini harus disyukuri oleh semua pihak. Ini kerana seluruh rakyat menghadapi waktu yang sukar untuk menjalani kehidupan. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut akan maksud peribahasa di atas dan bagaimana ia digambarkan boleh dirujuk di Artikel ini.

Ayat Pendek Peribahasa Lain

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *