Maksud Peribahasa
Seseorang yang mendapat malu atau kecewa disebabkan terlepas akan sesuatu perkara.
Contoh Ayat
Hanya disebabkan terlewat beberapa minit, Latif putih mata kerana tertinggal akan bas untuk pulang beraya di kampung halaman.
Disebabkan namanya digugurkan dari mendukung watak di dalam sebuah produksi filem di Hollywood, ini membuatkan aktor yang bernama Josiah Hogan, 31, kecewa dengan hal tersebut. Bagi memahami dengan lebih mendalam situasi pelakon ini dan bagaimana peribahasa putih mata digambarkan di dalam penceritaan tersebut, boleh dirujuk di Artikel ini.