Maksud Peribahasa
Rajin Seperti Semut
- Seseorang yang rajin bekerja mencari rezeki.
Contoh Ayat
Rizman disukai oleh rakan sekerjanya. Ini kerana Rizman seorang yang rajin bekerja dan tidak berkira dalam sesuatu perkara. Sikap Rizman ini boleh diperumpamaan rajin seperti semut.
Walaupun saiz yang kecil, tetapi tugas yang dilakukan dengan rajin dan memikul sesuatu yang kebanyakannya lebih besar dari tubuhnya membuatkan serangga yang bernama semut diertikan dengan peribahasa ini. Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang serangga yang bernama semut ini, boleh dirujuk di Artikel ini.