Maksud Peribahasa
Ringan Tangan
- Seseorang yang gemar untuk membantu orang di sekeliling.
Contoh Ayat
Jamilah amat disukai oleh rakan-rakan di asrama tempat dia belajar. Ia disebabkan oleh sikap ringan tangan Jamilah yang gemar membantu jika ada rakannya yang memerlukan pertolongan.
Sumbangan demi sumbangan yang dilakukan oleh saudara Kuan Chee Heng ini membuatkan ramai orang mengenalinya kerana sikap baik hatinya itu. Untuk memahami dengan lebih mendalam bagaimana peribahasa di atas diterangkan di dalam penceritaan, boleh dirujuk di dalam Artikel ini.