Maksud Peribahasa
Ringan Tulang Berat Perut
- Seseorang yang bersungguh-sungguh bekerja dan mendapat pulangan iaitu rezeki yang berlimpah atas kerajinannya.
Contoh Ayat
Apa yang dimiliki oleh Ibrahim pada masa kini tidak perlu dinafikan kerana beliau sangat rajin dan tidak memilih akan apa -apa pekerjaan. Kerana bagi Ibrahim, setiap pekerjaan tersebut mendatangkan rezeki untuk dikongsi bersama keluarganya. Sikap Ibrahim layak digelar seperti pepatah ringan tulang berat perut..
Peribahasa ini diperolehi dan diolah ayat situasi semasa melalui rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka.