Maksud Peribahasa
Seperti Kera Mendapat Bunga
- Orang yang tidak tahu menilai dan menghargai pemberian kepadanya.
Contoh Ayat
Daud seperti kera mendapat bunga kerana tidak menghargai akan kenaikan pangkat yang beliau lalui sekarang ini..
Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama seperti pepatah ini
- Bagai kera mendapat bunga
- Kera dapat bunga
- Laksana kera mendapat bunga
Seseorang yang tidak tahu untuk menghargai dan bagaimana peribahasa ini digambarkan dengan lebih mendalam boleh dilihat di dalam Artikel ini.