Maksud Peribahasa
Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
- Mendapat kesulitan atau ditimpa nasib malang di atas sesuatu perkara secara berturut-turut.
Contoh Ayat
Kasihan aku melihat Halim, berbagai-bagai ujian yang ditimpa kepadanya sama seperti pepatah sudah jatuh ditimpa tangga. Mulanya kerja beliau diberhentikan, selepas itu rumahnya pula dimasuki pencuri.
Pasukan bola sepak Kelantan iaitu The Red Warriors (TRW) menghadapi dugaan demi dugaan apabila Naib Presiden Datuk Mohd Rowi Dollah melepaskan jawatannnya berikutan situasi persatuan yang agak tenat dan persatuan juga dilihat mempunyai isu melibatkan kewangan. Bagi memahami dengan lebih mendalam situasi bola sepak Kelantan dan bagaimana peribahasa di atas menggambarkan akan suasana tersebut, boleh dirujuk di Artikel ini.