Maksud Peribahasa
Tangkai Jering
- Seorang yang sangat kedekut,loket akan sesuatu hal atau sering diperumpamaan sebagai bakhil.
Contoh Ayat
Sudah ramai pekerja yang enggan menjadi pemandu kepada Encik Ismail lagi, ini kerana ramai yang mengetahui akan sifat tangkai jeringnya. Sudahlah kerja disuruh pergi merata kawasan, tetapi gaji dibayar sedikit sahaja.
Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama seperti pepatah ini
- Genggam tak tiris.
Dalam kehidupan berumahtangga ini, sebagai suami jangan lah bersikap kedekut dalam perbelanjaan keluarga. Untuk lebih memahami bagaimana peribahasa di atas menggambarkan kehidupan dalam rumahtangga, boleh dirujuk di Artikel ini.