Maksud Peribahasa
Alang Alang Mandi Biar Basah
- Melakukan sesuatu kerja mahupun lain-lain perkara sehingga ianya selesai.
Contoh Ayat
Perilaku Razali dalam membaiki segala peralatan kebun akan dilakukan sehingga ianya kekal berfungsi seperti biasa. Ini kerana bagi Razali setiap perkara haruslah dilakukan sehingga ianya sempurna seperti pepatah alang-alang mandi biar basah.
Kemelut politik di antara parti Pas dan juga parti Amanah dapat dilihat pada masa kini. Ini berikutan ramai yang berhasrat jika presiden Amanah iaitu Mohamad Sabu meletakkan dirinya sebagai calon bagi pilihanraya di Marang. Bagi ingin memahami bagaimana peribahasa alang alang mandi biar basah digambarkan di dalam penceritaan, boleh dirujuk di dalam Artikel ini.
Peribahasa Yang Mempunyai Maksud Yang Sama Seperti Pepatah Ini
- Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
- Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan