Maksud Peribahasa
Embun Di Hujung Rumput
- Perkara atau sesuatu yang tidak akan kekal lama.
Contoh Ayat
Jawatan yang disandang oleh Shukri umpama embun di hujung rumput kerana jawatannya hanya mampu disandang dalam tempoh masa sekejap sahaja..
Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama seperti pepatah ini
- Seperti abu di atas tunggul
Situasi skuad bola sepak PKNP FC pada musim ini dilihat mengalami akan kesukaran kerana kemungkinan jurulatih serta pemain menunggu masa untuk berpisah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan bagaimana peribahasa di atas digunakan untuk menggambarkan situasi skuad bola sepak PKNP FC, boleh dirujuk di Artikel ini dengan lebih mendalam.