Maksud Peribahasa
Belakang Parang Lagi Diasah Nescaya Tajam
- Walaupun tidak cerdik diatas sesuatu perkara, jika berusaha pasti akan berubah juga menjadi pandai.
Contoh Ayat
Ilmu pengetahuan oleh Halim amat cetek di atas sesuatu perkara sehingga digelar kurang cerdik. Tetapi jika beliau rajin untuk belajar dan mencari ilmu pengetahuan pasti beliau juga mampu untuk menjadi seorang yang pandai seperti orang lain juga..
Setiap orang berhak untuk berubah samada dari segi hidup mahupan dari segi pembelajaran. Ini kerana jika berusaha untuk berubah pasti akan ada kejayaan. Bagi memahami dengan lebih mendalam tentang peribahasa belakang parang lagi diasah nescaya tajam dan bagaimana diolah di dalam penceritaan boleh dirujuk di dalam Artikel ini.