Maksud Peribahasa
Darah Setampuk Pinang
- Melibatkan seseorang yang belum berpengalaman dalam mengendalikan atau menjalankan sesuatu perkara.
Contoh Ayat
Perilaku Hamid yang bagai darah setampuk pinang ini amat merisaukan apabila dia ingin memperbaiki mesin di kilang. Ini kerana, ramai rakan juruteknik mengetahui yang beliau masih kurang berpengalaman dalam bidang membaiki mesin tersebut. Jika ia mencuba juga memperbaiki mesin tersebut, dikhuatiri kerosakan akan bertambah lagi.
Disebabkan faktor umur masih muda dan pengalaman dimiliki masih di tahap yang rendah. Bagi memahami dengan lebih mendalam isu pengalaman dan bagaimana peribahasa di atas digambarkan, boleh dirujuk di dalam Artikel ini.