Maksud Peribahasa
Lemak Manis Jangan Ditelan Pahit Jangan Dimuntahkan
- Jangan cepat membuat andaian di atas sesuatu perkara samada menerima atau menolak. Seperti jika kelihatan baik jangan cepat untuk menerima manakala jika kelihatan buruk janganlah sewenang-wenangnya untuk menolak.
Contoh Ayat
Setiap tawaran kerja yang diterima oleh Shahir umpama lemak manis jangan ditelan pahit jangan dimuntahkan. Ini kerana beliau harus berfikir sedalam-dalam sebelum membuat sesuatu keputusan kerana gusar keputusan itu akan membuatnya kecewa di kemudian hari..
Bagi memahami dengan lebih mendalam bagaimana peribahasa lemak manis jangan ditelan pahit jangan dimuntahkan digambarkan di dalam sesebuah ayat boleh dirujuk di dalam Artikel ini.