Maksud Peribahasa
Dayung Sudah Di Tangan Perahu Sudah Di Air
- Perkara atau barang keperluan yang diinginkan sudah disediakan dan dalam keadaan bersiap sedia.
Contoh Ayat
Tanggal 27hb September merupakan tarikh Zulfadli ingin pergi berkhemah bersama rakan-rakannya. Tetapi barang yang ingin dibawa telah disediakan seminggu awal dari tarikh tersebut seperti pepatah dayung sudah di tangan perahu sudah di air. Ini kerana baginya persediaan awal lebih baik dari bersiap di saat-saat akhir.
Perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) membuatkan sebilangan rakyat mengharapkan harga barang dapat diturunkan. Bagi memahami dengan lebih mendalam isu cukai tersebut dan bagaimana peribahahasa di atas digambarkan, boleh dirujuk di dalam Artikel ini.