Maksud Peribahasa
Membaca Jambatan Ilmu
- Ilmu pengetahuan akan diperolehi dan dipertingkatkan dari masa ke semasa dengan cara pembacaan.
Contoh Ayat
Sememangnya ilmu pengetahuan akan diperoleh melalui bacaan. Seperti di perpustakaan, berbagai buku yang boleh dibaca untuk menambah ilmu pengetahuan kita. Bak kata pepatah, membaca jambatan ilmu..
Sikap suka membaca ini amat digalakkan kerana ia akan membuatkan seseorang itu lebih berpengetahuan dan juga akan sentiasa mendapat maklumat-maklumat yang terkini. Untuk memahami dengan lebih mendalam akan kebaikan membaca dan bagaimana peribahasa ini digambarkan, boleh dirujuk di Artikel ini.