Maksud Peribahasa
Seseorang yang bersifat suka bercakap banyak.
Contoh Ayat
Makcik Jenab amat dikenali di kawasan kampungnya kerana bersifat mulut murai. Apabila berjumpa dengannya ada sahaja cerita yang ingin diceritakan.
Hanya disebabkan gemar bercakap, seorang pelajar yang menuntut di Sekolah William Allitt di Swadlincote, Derbyshire iaitu Elise Smith, 11, ditutup mulutnya dengan pita pelekat oleh seorang guru. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana peribahasa mulut murai menggambarkan akan situasi Elise Smith, boleh dirujuk di Artikel ini.