Maksud Peribahasa
Apabila mendapat sesuatu perkara yang buruk samada kesusahan baru hendak berhati-hati.
Contoh Ayat
“Engkau ini Wahab sudah terhantuk baru tengadah. Sebelum ini ramai dah pesan supaya berhati-hati, tetapi engkau buat endah tak endah saja.” kata Ismail.
Hanya kerana elaun yang dibayar kepada pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid di negeri Selangor dipotong, Menteri Besar Selangor dikecam dengan teruk akibat dari perkara tersebut. Bagi memahami dengan lebih mendalam situasi yang terjadi akibat dari pemotongan elaun dan bagaimana peribahasa sudah terhantuk baru tengadah digambarkan, boleh dirujuk di Artikel ini.