Maksud Peribahasa
Alas Perut
- Menjamah makanan hanya dalam kuantiti sedikit sahaja untuk menahan dari lapar.
Contoh Ayat
Sebaiknya sarapan perlu dimakan di setiap pagi untuk memberi tenaga kepada tubuh badan. Jika tidak mampu untuk menjamah akan nasi ataupun lain-lain makanan disebabkan tidak biasa makan pagi, makanlah sepotong roti untuk alas perut sebelum tiba makan tengah hari. Ini kerana sekurang-kurangnya dapat memberi kecergasan kepada kita..
Disebabkan oleh kerosakan yang terjadi kepada bot yang dinaiki, para pemancing yang berada didalam bot tersebut perlu menahan lapar ekoran daripada kekurangan makanan. Bagi memahami dengan lebih mendalam tentang peribahasa di atas boleh dirujuk di dalam Artikel ini.