Maksud Peribahasa
Ada Air Ada Ikan
- Walaupun kita menetap di mana-mana tempat sekalipun, pasti tetap akan ada rezekinya.
Contoh Ayat
Azman sering berpindah randah dan tidak kekal berada di satu-satu tempat dalam jangka masa yang lama. Ini kerana beliau sering menukar kerja hanya disebabkan untuk mengambil ilmu di setiap tempat yang beliau bekerja. Baginya setiap kali beliau berpindah-randah, beliau percaya akan rezeki yang mendatang seperti pepatah lama ada air ada ikan..
Rezeki yang hadir tidak khusus kepada satu-satu tempat sahaja dan untuk memahami tentang peribahasa di atas boleh dirujuk di dalam Artikel ini.