Maksud Peribahasa
Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya
- Setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlulah diiringi dengan daya usaha. Kerana jika tiada usaha bagaimana hendak mendapat kejayaan.
Contoh Ayat
Pada perhimpunan harian pagi tadi, pengetua beberapa kali memberi semangat kepada pelajar yang ingin menghadapi peperiksaan SPM. Katanya kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kerana kalau tiadanya daya usaha untuk belajar bersungguh-sungguh, bagaimana untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Bagaimana kesanggupan kita dalam melaburkan wang untuk sesuatu perkara yang tidak pasti untuk mendapatkan satu keuntungan?Adakah kita mampu melakukannya atau kita menyerah kalah sebelum melakukan perkara tersebut. Untuk memahami dengan lebih mendalam bagaimana peribahasa di atas menggambarkan suasana tersebut, boleh dirujuk di Artikel ini.